Home Berita PAS Selangor

Sidang Dewan Selangor : 4,967 Pemohon Gagal Pembiayaan Bank Berpeluang Mohon Skim Smart Sewa

1932
SHARE

KENYATAAN AKHBAR

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA
Y.B. DATUK SERI DR. WAN AZIZAH BINTI WAN ISMAIL
(N25 KAJANG)

BAGI SOALAN NO. 59 PADA 9 NOVEMBER 2017.

SKIM SMART SEWA PERUMAHAN

Untuk makluman Yang Berhormat, memandangkan skim Smart Sewa ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari golongan millennials, pada tahun 2017 Kerajaan Negeri telah meningkatkan pembiayaan Skim Smart-Sewa kepada RM100 juta untuk membeli unit-unit rumah di lokasi strategik yang akan disewakan kepada mereka yang berkelayakan.

Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Skim Smart Sewa dengan objektif utama adalah bagi membantu golongan yang gagal mendapatkan pinjaman perumahan supaya dapat menyewa kediaman yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dengan kadar sewa yang berpatutan berbanding harga pasaran. Mereka ini akan diberi tempoh sewaan minima bagi setiap penyewa adalah selama dua tahun dan maksima selama lima tahun.

Penyewa akan mendapat pulangan semula 30 peratus daripada jumlah sewaan yang dibayar apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan dalam tempoh minima 2 tahun. Dengan pengembalian sebanyak 30 peratus wang sewaan kepada pemohon selama tempoh simpanan tersebut maka bayaran tersebut boleh dijadikan sebagai wang pendahuluan dalam pembelian Rumah Selangorku pada masa akan datang. Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan memberikan keutamaan dalam penawaran kepada pemohon berkenaan untuk ditawarkan mana-mana projek Rumah Selangorku sedia ada sekiranya terdapat kekosongan unit.

Setakat ini sebanyak 861 unit rumah mampu milik dengan kos RM123.14 juta telah pun diproses untuk pemilikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan syarikat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB) dilantik sebagai agen pengurusan bagi melancarkan pelaksanaan skim ini.

Berdasarkan rekod, akibat kegagalan mendapatkan pinjaman perumahan Rumah Selangorku, dijangkakan seramai 4,967 pemohon yang berminat untuk menyewa di bawah Skim Smart Sewa.

Untuk makluman Yang Berhormat, golongan sasaran bagi pelaksanaan Skim Smart Sewa ini adalah rakyat yang tinggal atau bekerja di Negeri Selangor dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM5,000 sebulan bagi Rumah Selangorku Jenis A atau rumah kos rendah.

Manakala bagi Selangorku Jenis B, C dan D akan diberi keutamaan kepada rakyat yang berpendapatan tidak melebihi RM10,000 sebulan sehingga maksimum RM15,000 sebulan.

Sehingga kini 220 unit rumah telah sedia untuk disewakan dengan kadar sewaan daripada RM550.00 sebulan sehingga RM650.00 sebulan:

 

Bil Projek Bil.Unit
1. Pangsapuri Tun Teja, Alam Impian 5
2. Pangsapuri @ Jalan Keretapi Lama,Kapar 64
3. Pangsapuri Rimba Jaya, Shah Alam 41
4. Pangsapuri Taman Damai Utama,Puchong 110
                                               JUMLAH 220

 

Manakala sehingga hujung tahun ini sebanyak 111 unit lagi dijangka akan disiapkan dan sedia untuk disewakan:

 

Bil Projek Lokasi Bil.Unit
1. Pangsapuri Arista, Parklands Klang 11
2. Pangsapuri Azaria, Bandar Parklands Klang 50
3. Pangsapuri Asteria, Bandar Parklands Klang 50
                                                                  JUMLAH 111

Manakala senarai projek Skim Smart Sewa yang dalam proses untuk pemilikan dan status projek masih dalam pembinaan sebanyak 530 unit dijangka dapat disiapkan untuk disewakan mulai tahun 2018 hingga 2020  seperti berikut:

 

Bil. Projek Lokasi Bil Unit
1. Bandar Bukit Raja Fasa 17B Bukit Raja 50
2. Apartment Trifolis Klang 30
3. Jade Hills Jenis A Kajang 10
4. Jade Hills Jenis B Kajang 10
5. Jade Hills Jenis C Kajang 10
6. Jade Hills Jenis D Kajang 30
7. Bandar Seri Coalfields Ijok 10
8. Pangsapuri Taming Mutiara Cheras 30
9. Taman Puchong Utama Jenis B Puchong 30
10. Taman Puchong Utama Jenis C Puchong 30
11. Pangsapuri Seri Akasia Puchong 40
12. Emira @ TTDI Grove Kajang 10
13. Setia Eco Templer A Rawang 10
14. Setia Eco Templer C Rawang 30
15. Pangsapuri De Bayu Setia Alam 30
16. Pangsapuri De Kiara Setia Alam 30
17. Pangsapuri Seroja Setia Alam 20
18. Pangsapuri Subang Bestari Subang 30
19. Bandar Rimbayu A Kuala Langat 40
20. Bandar Rimbayu B Kuala Langat 50
Jumlah 530

 

Y.B. Dato’ Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
Negeri Selangor
9 November 2017