Home Artikel PAS Selangor

DMPKS Rakam Ucapan Tahniah Kepada Ustazah Ruzana

567 views
SHARE

BANGI, 9 April – Dewan Muslimat PAS Kawasan Serdang (DMPKS) merakamkan ucapan tahniah kepada Ustazah Nor Ruzana Natiah Jaafar kerana merupakan qariah dari Selangor yang memenangi tempat kedua Tilawah Al-Quran dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1439H/2018M yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya (KIP).

Pengalaman yang ada pada penduduk Kajang Utama ini meletakkan beliau insan yang layak mendapat kejayaan dalam pertandingan kali ini.

Beliau berjaya membawa pulang RM10,000 dan tambahan wang tunai RM10,000 untuk menunaikan Haji; cenderamata dan sijil penyertaan.

Sehubungan itu, Dewan Muslimat PAS Kawasan Serdang (DMPKS) merasa berbesar hati mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ustazah Nor Ruzana atas kejayaan yang diraih.

Semoga segala kejayaan dan kemahiran ini akan dimanfaatkan sebaiknya bagi membantu masyarakat, agama dan negara.

PUAN HAMSATUL HAMZAH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Serdang
9 April 2018 bersamaan 22 Rejab 1439