Home Berita PAS Perak

DMPK Ipoh Timur sertai Sukarelawan Skuad Prihatin Negara

87
SHARE

Oleh : Farhan Huda

IPOH TIMUR, Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) Ipoh Timur turun padang menyampaikan sumbangan Bakul Prihatin Negara (BPN) bertemu kumpulan sasaran masyarakat di sini hari ini.

Ketua Muslimat Ipoh Timur, Hamizah Hamid ketika ditemui berkata Lajnah Kebajikan DMPK mengambil inisiatif penting dengan menyertai Sukarelawan Skuad Prihatin Negara (SPN) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

“Kita ambil pendekatan untuk menghantar beberapa orang sukarelawan bagi membantu melancarkan proses pengagihan dan memastikan sumbangan disampaikan kepada golongan terjejas dengan lebih berkesan.

“Muslimat PAS mestilah menyedari peranan lebih besar dalam membantu kerajaan dan diseru untuk sentiasa bersedia menjayakan agenda kebajikan agar golongan rentan mendapat bantuan,” ujar beliau lagi.

Beliau turut menjelaskan, sebanyak 1,000 BPN disasarkan untuk disampaikan kepada golongan terjejas dalam Daerah Kinta dengan pembahagian dibuat melalui kawasan masing-masing.

Sementara itu, difahamkan KPWKM menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyerahkan 1.5 juta Bakul Makanan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan tahun lalu.