إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
أَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Salam Takziah diucapkan buat seluruh keluarga Almarhumah Hjh. Kamariah binti Hj. Mohd Noor yang telah menghembuskan nafas terakhirnya jam 5.20 petang pada hari Jumaat di bulan yang penuh kemuliaan ini.
DMP berdukacita akan kehilangan permata yang berharga ini. Beliau muslimat yang istiqamah dan sangat komited akan gerak kerja perjuangan Islam sehingga pengakhiran usia beliau.
Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat almarhumah. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Ikhlas Daripada,
Saff Kepimpinan DMPK Tambun