Home Berita PAS Wilayah

Dirgahayu Tuanku

1303
SHARE

DIRGAHAYU TUANKU.

Patik mewakili seluruh warga Wangsa Maju merafakkan sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, pada 8 Jun 2020 bersamaan 16 Syawal 1441H.

Patik sekalian mendoakan semoga KDYMM Tuanku akan diberi kekuatan dan keberkatan untuk terus bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan jua.

Ya Allah, lanjutkan usia dan berkatilah pemerintahan KDYMM Tuanku dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah.

Dengan ingatan tulus ikhlas dan sembah takzim daripada Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Wangsa Maju

Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku.

Menjunjung kasih Tuanku.

USTAZ ABDUL RANI BIN MOHAMED DAUD
YANG DIPERTUA PAS KAWASAN WANGSA MAJU

SHARE
Previous articleDaulat Tuanku
Next articleDaulat Tuanku