Home Kenyataan Media Presiden PAS

Dirgahayu Tuanku.

278
SHARE

Merafak sembah takzim Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 8 Jun 2020 bersamaan 16 Syawal 1441H.

Patik bagi pihak pimpinan dan seluruh ahli PAS mendoakan KDYMM Tuanku dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sentiasa berada dalam peliharaan Allah dan bersemayam di takhta kebesaran dengan penuh kedaulatan, bagi memayungi rakyat dengan hidayah dan Syariat Ilahi.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!