Home Berita PAS Sabah

Didik anak-anak jadi pemurah, cakna isu umat Islam

207
SHARE

Oleh : Nursam Mohammad

3 Jun 2021

PUTATAN – Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Putatan turut bersama mengambil bahagian dalam kempen “Sumbangan RM1.00 Seorang Pelajar” anjuran Jabatan PASTI Dewan Pemuda PAS Malaysia , di kawasan Putatan.

Sehingga 1 Jun 2021, jumlah sumbangan yang berjaya dikumpul oleh PASTI seluruh Malaysia adalah sebanyak RM650,000.

Pengarah Jabatan PASTI Kawasan Putatan, Yusrizal Anuar menekankan inisiatif tersebut merupakan contoh didikan awal kepada kanak-kanak agar menjadi seorang yang sifat pemurah dan memiliki sifat empati yang tinggi.

Yusrizal menyatakan ramai antara para pelajar menggunakan duit raya mereka sendiri (kempen ini) dan berharap dapat memupuk sifat dermawan dalam kalangan pelajar.

Yisrizal turut menyatakan bahawa usaha tersebut juga adalah sebagai pendedahan awal kepada anak-anak untuk cakna atas penderitaan saudara kita bumi Gaza, Palestin.

” Sifat tersebut adalah selari dengan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, yang berbunyi “Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” Kata Yusrizal.

Yusrizal turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga pelajar-pelajar, khususnya ibu bapa pelajar atas kerjasama dan dorongan kepada anak-anak mereka.

Kempen sumbangan Menurut ‘Aid4Palestine’ juga turut dilaksanakan oleh semua PASTI Kawasan Putatan yang lain secara atas talian.

Terdahulu, pada Mei lepas, PASTI Ar-Raihan, Petagas telah membuat pelancaran program kutipan dana bersama pelajar-pelajar.

Pengurusnya, Mohd Afif Yunus berharap agar kempen ini akan dapat diteruskan dari masa ke masa dan tidak menjadi program bermusim.