Home Berita PAS Selangor

DHPP Selangor sampaikan bakul makanan daripada BPPNS – DHPP kawasan Sungai Buloh

12
SHARE

PAS For All | Dewan Himpunan Pendukung PAS Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sungai Buloh | Penangan wabak Covid-19 terhadap negara kita bukan lagi sikit-sikit, kesannya sangatlah mendalam dan dirasai oleh pihak kerajaan mahupun rakyat marhaen. Banyak sudah NGO-NGO, parti politik dan juga individu persendirian yang turun memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Inisiatif prihatin mereka ini mungkin dapat membenarkan mereka yang terjejas itu boleh bernafas semula daripada lemas dalam kerisauan yang mereka hadapi dan yang mereka perlu fikirkan. Sdr Shandramogan selaku Naib Ketua DHPP & Ketua DHPP kawasan Sungai Buloh telah turun menyampaikan sumbangan bakul makanan buat para penerima yang tinggal di DUN Paya Jeras, Selangor.

Menurut beliau, seramai 5 buah keluarga telah disantuni dan rata-rata mereka dikhabarkan terjejas pendapatan kerana dibuang kerja akibat pandemik Covid-19. Semoga bantuan yang mungkin, tidaklah boleh menyelesaikan segala masalah mereka, namun sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan sedikit urusan mereka dalam mengharungi masa sukar pandemik Covid-19 ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor