Home Rencana PAS Selangor

Dewasa bersama DPPNS – Naib Ketua Pemuda DPPN Selangor

56
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Muhammad Fadzli Abu Bakar
Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Begitulah penglibatan kami dalam gerak kerja Dewan Pemuda PAS Selangor. Malam tadi merupakan mesyuarat terakhir kami saff pimpinan Pemuda PAS Selangor.

Mula terlibat sebagai AJK DPPNS sejak tahun 2015 dengan Ketua Pemuda PAS Selangor ketika itu Ustaz Syarhan Humaizi Halim . Waktu itu ditaklifkan sebagai Pengarah DACS Negeri Selangor. Setelah 2 penggal berkhidmat, kemudian ditaklifkan pula sebagai Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor dengan portfolio Ketua Sektor Tanggungjawab Sosial dan Khidmat Masyarakat (TSKM) sehingga kini. Di bawah TSKM ada 5 lajnah besar iaitu Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor, Lajnah Kebajikan, Lajnah Perpaduan Nasional, Lajnah Dakwah dan DACS/ARC.

Apabila usia telah menginjak ke lingkungan 40-an, maka tiba masanya baton kepimpinan Pemuda ini diserahkan kepada individu lain sesuai dengan syarat umur kepemudaan.

Gembira melihat DPPNS tidak ketandusan para pelapis yang akan meneruskan mata rantai perjuangan ini. Terima kasih kepada Ustaz Hanafi Zulkapli selaku Ketua Pemuda PAS Selangor dan sahabat-sahabat pimpinan yang bersama dalam kepimpinan DPPNS sesi kali ini. Semoga kita terus istiqomah demi Islam.

Sabda Nabi SAW,

وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالْخَوَاتِيمِ

“Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada akhirnya.” (HR. Bukhari, no. 6607)

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor