Home Artikel PAS Sabah

Dewan Ulama PAS Sabah Sampaikan Wakaf Rehal

430
SHARE

Oleh: AMIRUDDIN MOHD ROSDI

19 Julai 2020

PAPAR: Dewan Ulama PAS Negeri Sabah (DUPNS) melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan telah menyerahkan sumbangan wakaf rehal kepada Surau Kg. Gana Papar di sini kelmarin.

Sumbangan disampaikan oleh Ustaz Azman Jupri, Naib Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Sabah yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUPNS.

Sumbangan tersebut telah diterima oleh Puan Maslinah selaku pihak yang bertanggungjawab menguruskan Surau Kg. Gana papar.

Hadir bersama dalam penyerahan sumbangan wakaf 30 unit rehal dan 30 buah buku panduan solat itu ialah Haji Abd. Salim Karim, Yang Dipertua PAS Papar dan Ustaz Azmi Dalin, Naib Yang Dipertua PAS Papar.

Ustaz Azman ketika ditemui berkata, DUPNS sentiasa prihatin dan aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan menggerakkan peranan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan dalam usaha membantu mereka yang memerlukan dari semasa ke semasa.

Untuk rekod, Surau Kg. Gana mula dibuka pada tahun 2019 dengan penduduk yang beragama Islam hanya seramai 30 orang.