KEMAMAN, 18 Jun: Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman telah menganjurkan majlis Pentas Pemuda DPPKK dengan kerjasama Jawatankuasa Pemuda PAS DUN Air Putih. Kali ini majlis tersebut berlangsung di DUN Air Putih selepas DUN Kemasek dan Chukai semalam.
Majlis bermula seawal jam 6.00 petang dengan iftar jamie. Disusuli solat teraweh berjemaah dipimpin oleh Ustaz Ahmad Dasuki Bin Haji Mohd Tahir Al-Hafiz.
Pentas Pemuda bermula jam 9.45 malam dipengerusikan oleh Ustaz Syed Shahrunuddin Bin Syed Mohd Sah, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Kemaman.
Turut menyerikan majlis, Ustaz Ramlan Mahmud, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu sebagai perasmi program.
Penceramah Pentas Pemuda kali ini adalah Ustaz Azman Shapawi Bin Abdul Rani selaku AJK Lajnah Dakwah PAS Pusat yang dijemput khas bagi berkongsi isu-isu semasa yang sedang hangat didalam negara pada bulan Ramadhan.
Antara yang disentuh adalah berkenaan isu perhimpunan Juruselem Jubilee, pemulauan negara Arab terhadap Qatar, LGBT (keturunan Nabi luth yang melakukan hubungan sejenis) dan Iftar Perdana Gay Malaysia.
Turut diisi berkenaan sirah perjuangan Rasulullah didalam peperangan Ahzab (Khandak) sebagai pencetus semangat kepada anak muda kemaman.
Diakhir ceramah beliau menyeru anak muda supaya memburu malam lailatul qadar dan pemuda perlu rapat dengan Al-Quran.
Majlis tamat pada jam 11.00 malam. Menggamit perhatian, pemeriksaan kesihatan percuma turut disediakan oleh penganjur.
{jathumbnail off}