Home Artikel PAS Sabah

Dewan Muslimat PAS Sabah tubuh MusMedik.

237 views
SHARE

Oleh : Asiah Muhammad
14 April 2019

SANDAKAN : Sebuah unit bantuan perubatan yang diberi nama “Muslimat Medical Team” (MusMedik) telah ditubuhkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah hari ini di Taman Anggerik, dekat sini.

Penubuhan tersebut telah didahului oleh taklimat penubuhan MusMedik yang disampaikan oleh Ketua MusMedik Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Reen Mohd Amin.

Objektif utama unit MusMedik ini ialah untuk merealisasikan mesej kebajikan dan dakwah melalui mekanisme perkhidmatan kesihatan yang merentasi warna politik, bangsa dan budaya.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk membantu Dewan Muslimat PAS memberikan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat disamping sebagai satu usaha dakwah kepada mereka.

Turut hadir semasa majlis penubuhan ini ialah Ketua Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu dan Ketua LKK Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Nur Izzati Yusof serta peserta dari pelbagai daerah.

Antaranya ialah Tawau, Tuaran, Kota Kinabalu, Sandakan, Batu Sapi, Libaran, Kalabakan, Putatan dan Kinabatangan.