Home Berita PAS Pahang

Dewan Muslimat PAS Pahang fokus pemerkasaan kepimpinan muslimat

80
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

Temerloh, 28 Jan – Dewan Muslimat PAS seluruh Negeri Pahang diseru agar lebih memfokuskan program pemerkasaan muslimat bagi melatih dan menyediakan tenaga muslimat untuk menerajui kepimpinan di pelbagai peringkat.

Begitulah antara ucapan Ahli Parlimen Temerloh YB Salamiah Mohd Nor, semasa merasmikan Program Jaulah Pemerkasaan Organisasi anjuran Lajnah Pemerkasaan Parti Dewan Musliamat PAS Negeri Pahang di sini kelmarin.

“Muslimat adalah tunjang utama dalam banyak organisasi. Mereka bukan sahaja membantu memperkukuhkan struktur organisasi, tetapi juga mampu menjadi pemimpin yang cemerlang dalam membawa perubahan besar kepada masyarakat,” ujar beliau.

Juateru itu katanya, muslimat perlu diberi kepercayaan dan ruang untuk memainkan peranan strategik, ianya bukan sahaja memberi manfaat kepada organisasi, tetapi juga kepada pembangunan masyarakat secara keseluruhan.

Disamping itu juga, beliau  mengingatkan bahawa semua aktiviti organisasi perlu selaras dengan undang-undang dan perlembagaan negara.

“Kita perlu pastikan segala tindakan kita sejajar dengan perlembagaan, khususnya dalam hal yang berkaitan dengan Islam sebagai agama persekutuan. Ini penting untuk memastikan kredibiliti dan keberkesanan organisasi,” tegasnya.

Program yang dihadiri lebih dari 100 orang peserta terdiri dari pimpinan muslimat dari 14 buah kawasan seluruh Negeri Pahang.