Home Berita PAS Pahang

Dewan komuniti dan pagar kubur diperlukan di Kampung Buntut Pulau

49
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

TEMERLOH, 30 Dis – Dewan komuniti dan pagar kubur menjadi isu yang perlu diambil perhatian oleh Ahli Parlimen Temerloh YB Salamiah Mohd Nor.

Salamiah Mohd Nor menyatakan isu tersebut telah dibangkitkan ketika sesi santai mendengar permasalahan penduduk di Kampung Buntut Pulau di sini semalam.

“Saya memahami penduduk memerlukan dewan komuniti yang akan menjadi pusat kegiatan sosial, kebudayaan dan pendidikan, selain dari menjadi tempat program komuniti, sekaligus mengeratkan hubungan sesama penduduk,” ujar beliau.

Selain itu katanya, pembinaan pagar kubur juga adalah penting sebagai langkah memastikan kawasan perkuburan terpelihara dan dihormati.

“Diharapkan pagar yang dibina dapat mengelakkan pencerobohan dan memastikan hak orang islam terpelihara.

“Kedua-dua isu yang dibangkitkan adalah penting, saya akan berusaha agar ia mendapat pertimbangan sewajarnya bagi memastikan keperluan komuniti dipenuhi,” ujarnya.

Dalam kesempatan itu, beliau telah menyampaikan sumbangan kepada 10 keluarga asnaf di kampung tersebut bagi meringankan bebanan mereka yang memerlukan.