Home Berita PAS Terengganu

Daya Saing Usahawan Terengganu perlu dilebarkan ke peringkat antarabangsa

3
SHARE

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan usahawan-usahawan anak tempatan  yang berpotensi untuk mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri,  Dato’ Ariffin Deraman berkata kerajaan negeri sentiasa memberi galakan dan peluang kepada pengusaha perniagaan di Terengganu untuk terus mengorak langkah dalam industri masing-masing.

Katanya, beliau telah melihat pelbagai jenis produk yang dihasilkan oleh usahawan tempatan yang tidak seharusnya diabaikan berkobelahan mereka.

“Saya lihat banyak produk yang mempunyai potensi. Jadi kerjasama perlu dijali.kan dengan pelbagai lagi agensi lain seperti Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU)untuk merealisasikan perkara ini.

“Sekiranya mereka perlukan geran atau dana untuk kembangkan produk kita ada bantuan pinjaman selain sediakan bantuan geran untuk peralatan atau bantuan pembungkusan.

“Dengan cara ini kita yakin sekiranya mereka telah bersedia pentadbiran negeri akan beri peluang usahawan berjaya ini ke luar negara namun ikut skala kemampuan mereka,” katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman hari ini.

Tambah beliau,  keupayaan usahawan Terengganu  tidak boleh dinafikan kerana terdapat ramai dari kalangan mereka berjaya telah ada yang berjaya ke peringkat antarabangsa.

“Sebagai contoh perniagaan Kafeteria Adeq Sue (Adeq Sue) kepunyaan anak jati Terengganu berjaya dibuka bertempat di Hotel Rehab Janadriyah Mekah, Arab Saudi.

“Kafeteria itu adalah milk bekas penyerang pasukan bolasepak Terengganu Haruddin Omar bersama sepupunya Shukuriah Abd. Ghafar kini mempelawa jemaah Haji di tanah suci menikmati pelbagai jenis makanan Malaysia di situ,” ujarnya.

Tambah Ariffin lagi, kerajaan negeri pasti akan memberikan sokongan dan bantuan sewajarnya kepada mereka bagi memastikan kelangsungan dan pengembangan usahawan ke peringkat yang lebih tinggi.