Home Berita PAS Terengganu

‘Daurah Fiqh Islami’ disambut baik zahir rakyat Terengganu cintakan ilmu

25
SHARE

Oleh : Abay Cik

MARANG – Rakyat negeri ini menyambut baik ‘Daurah Fiqh Islami’ yang diadakan di Masjid Rusila bermula semalam sekali gus menzahirkan masyarakat Terengganu cintakan majlis ilmu.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, program seumpama itu sudah tentu akan berupaya memantapkan ilmu agama dalam kalangan masyarakat hidup terpandu ke arah menghayati kehidupan ‘Indahnya Hidup Bersyariat’.

“Ini merupakan satu inisiatif yang sangat baik dianjurkan oleh pihak Masjid Rusila dengan kerjasama Akademi Didik Ulama Dan Amilin Terengganu (DUAT) dalam usaha memeriahkan negeri ini dengan program yang sangat bermanfaat ini.

“Serta pelajar-pelajar yang akan hadir sudah tentu akan bersemangat bagi meneruskan pembelajaran dimasa akan datang, jangan setakat berhenti di program ini sahaja,” ujarny ketika berucap merasmikan program berkenaan tersebut.

Ujarnya, pada kemuncak acara esok dijangka akan menarik lebih ramai peserta kerana akan menampilkan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Dimana tidak asing lagi dikenali sebagai tokoh agama yang sangat dihormati, justeru orang ramai terutama masyarakat setempat dijemput untuk bersama-sama menimba ilmu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mudir Maahad Darul Quran, Ismail Othman berkata program ‘Daurah Fiqh Islami’ itu telah pun bermula pada beberapa tahun yang lepas.

“Setiap kali ia diadakan sambutan daripada masyarakat sangat baik lebih-lebih lagi pada tahun ini.

“Dengan program seumpama ini ia memberi peluang kepada mereka yang ingin mendalami ilmu fiqh dan memperkukuhkan amalan seharian mereka.

“Dengan bimbingan para ulama dan pendakwah berpengalaman, diharapkan program ini akan membawa manfaat besar kepada semua yang terlibat,” ujarnya.