Ibu ayah semua. Penting bila hantar anak pagi ini ke pusat penjagaan. Elakkan memakaikan pelitup muka pada kanak-kanak berumur dua tahun dan ke bawah. Ianya tidak digalakkan! Malah boleh membahayakan kesihatan dan nyawa bayi.
⚠️ Jika terlalu ketat bayi boleh lemas.
Salur pernafasan bayi adalah kecil. Jika anda kurangkan kemasukan oksigen dengan memakaikan pelitup muka, bayi akan lemas dan ini sangatlah bahaya!
⚠️ Jika terlalu longgar, bayi tidak mendapat apa perlindungan pun.
Jika lihat pelitup muka jenis N95 pun, tiada pelitup muka yang direka dan diiktiraf selamat untuk kegunaan bayi dua tahun.
⚠️ Anak gelisah dan meraba-raba, rosak, membazir. Ini menggalakan lagi jangkitan dan penyebaran virus.
Jadi bagaimana nak lindungi anak kesayangan kita?
Yang terbaik adalah dengan melindungi bayi anda dengan tidak membawa mereka ke tempat awam yang sibuk dan sentiasa amalkan penjarakan sosial. Di taska atau pusat jagaan, anda tak perlu risau. Telah ada SOP khusus bagi melindungi kanak-kanak.
Sumber : PHM
8 Zulhijjah 1441H | 29 Julai 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan