Home Artikel PAS Selangor

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor | DMPNS – Program Kacau Pulut Wajik Anjuran Muafakat Nasional Wanita Sepang.

234
SHARE

Sepang, Selangor | 15 Ogos 2020

Muafakat Nasional Wanita Kawasan Sepang telah menganjurkan satu program hujung minggu bersama penduduk setempat iaitu “Kacau Pulut Wajik”. Kerjasama yg dibuat oleh Muslimat PAS dan Wanita UMNO Sepang yang telah menghasilkan satu program kemasyarakatan di peringkat Kawasan Sepang.

Selain daripada acara mengacau pulut wajik, tujuan utama Adalah mengukuhkan dan mengeratkan lagi pertalian Muafakat Nasional diperingkat Kawasan Sepang.

Dalam pada itu walaupun program berjalan dengan lancar, kepatuhan kepada SOP PKPP Yang masih belum tamat harus diikuti oleh seluruh yang hadir. Ada juga acara tambahan lain seperti cabutan bertuah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan