Home Berita PAS Selangor

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor | DMPNS – Perutusan Maal Hijrah 1442H Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

572
SHARE

Hijrah Kembali Kepada Allah Dan Rasul Menuju Rahmat

Firman Allah SWT yang di dalam Surah Al-Baqarah ayat 218:

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَٱلَّذِينَ هَاجَرُوا۟ وَجَٰهَدُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أُو۟لَٰٓئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ ٱللَّهِ ۚ وَٱللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Saban tahun berulang kembali tarikh agung 1 Muharram untuk ibrahnya menjadi pedoman agar dihayati dan diinsafi.
Hijrah Rasulullah SAW bersama sahabat adalah ketetapan wahyu Allah menuju ke arah kesejahteraan sebuah daulah Islam dan meninggikan syariat agama.

Kembali kepada Allah dan Rasul adalah hijrah terbesar samada di zaman adanya Nabi dan Rasul sehingga kepada umat di akhir zaman. Menginsafi serta bertaubat setelah menyedari suatu kesilapan adalah hidayah Allah dan itulah petanda titik permulaan hijrah. Maka tindakan kembali kepada Islam adalah suatu pembetulan kehidupan yang amat bermakna.

Hijrah di dalam konteks politik tanahair ketika ini ialah menuju ke arah perpaduan umat Islam untuk mencapai agenda penyatuan ummah dan kesejahteraan bernegara.

Setiap umat melayu Islam mesti menyedari dan menginsafi bahawa perpaduan hanya boleh dicapai dengan meletakkan Islam sebagai asas dalam setiap perkara. Hanya Islam sahaja agama yang dijamin Allah dapat memberi kesejahteraan dan keadilan kepada setiap umat berlainan agama, bangsa dan budaya.

Maka ini, bersempena dengan kehadiran tahun baru Maal Hijrah 1442, Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor mengajak seluruh umat Islam bersyukur dengan nikmat perpaduan didalam negara yang majmuk. Marilah bersama-sama menghargai dan menghayati pengorbanan hijrah Rasulullah SAW dengan melaksanakan tanggungjawab memperkasakan perpaduan dikalangan umat Islam dalam penyatuan ummah demi mencapai redha Allah.

Salam Maal Hijrah 1442

Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan
Ketua
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.
20 Ogos 2020 | 1 Muharram 1442H

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor

#DMPNS
#IslamMemimpinPerpaduan
#IslamMemimpinWanitaSejahtera
#MuafakatNasional