Home Berita PAS Selangor

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor | DMPNS – Majlis Meraikan Petugas-petugas Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor Kali Ke-33.

569
SHARE

Dengan kehadiran Ketua Muslimat Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan dalam majlis ini adalah satu penghargaan daripada Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor kepada petugas-petugas Muktamar. Beliau menyatakan komitmen dan istiqamah muslimat setiap tahun dalam menjayakan Muktamar dan menjadikan Muktamar Dewan Muslimat bertaraf profesional dari sudut pengurusan.

Penghargaan juga kepada Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Raja kerana menjadi tuan rumah Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor pada tahun ini.

Pn. Nor Zarina Mohd Azhar selaku Timbalan Pengarah mewakili Pengarah Muktamar Pn. Norazlin yang tidak dapat bersama dalam majlis ini, turut mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua yang hadir juga yang tidak dapat bersama pada malam ni. Beliau menyeru muslimat untuk terus menyumbang kepada gerakerja memperkukuhkan jemaah.

Terima kasih di atas kerjasama semua yang telah menjayakan muktamar yang lalu. Allah sebaik-baik pemberi balasan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor