Home Artikel PAS Selangor

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor | DMPNS – Kunjung Hormat DMPNS Ke Pejabat Timbalan Menteri Sumber Manusia

224
SHARE

Putrajaya | 15 Ogos 2020

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat YB Tuan Hj. Awang Bin Hashim, Timbalan Menteri Sumber Manusia beberapa hari yang lalu.

Delegasi DMPNS diketuai oleh Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor. Turut serta dalam kunjungan hormat tersebut adalah Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.

Pertemuan sulung DMPNS ini bertujuan menjalinkan kerjasama berkaitan peranan yang boleh dilaksanakan oleh muslimat terutama dalam membantu sebagai penghubung atau pemudahcara kepada masyarakat dalam menyampaikan maklumat dan peluang yang ditawarkan oleh Kementerian Sumber Manusia .

Menerusi perbincangan bermanfaat ini, YB Timbalan Menteri telah berkongsi usaha yang dilakukan oleh Kementerian dalam menguruskan dan membangunkan sumber tenaga pekerja. Ini termasuklah pembangunan kemahiran, pekerjaan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, kesatuan sekerja, perhubungan perusahaan, maklumat dan analisis pasaran buruh dan keselamatan sosial serta agensi-agensi yang berada di bawah Kementerian.

Antara yang menarik adalah kepelbagaian kursus kemahiran jangka pendek dan panjang yang ditawarkan. Tawaran ini sudah pastinya dapat membantu rakyat Malaysia mempertingkatkan kemahiran dalam kerjaya mereka.

Program My Future Job adalah diantara perkhidmatan yang memberi kemudahan kepada masyarakat untuk mencari pekerjaan melalui laman portal.

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor mendoakan agar YB Timbalan Menteri dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh akauntabiliti seterusnya dapat memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan

#DMPNS
#IslamMemimpinWanitaSejahtera
#SelangorSejahtera