PH Gagal Urus Air Di Selangor.
- Sebanyak 5 kali kejadian pencemaran sungai berlaku sepanjang tahun 2020 menunjukkan PH gagal urus air di Selangor.
- Malah, kesalahan berulang kali juga menunjukkan kerajaan PH kurang peka dengan aktiviti dan penguatkuasaan di sepanjang jajaran Sungai Selangor sehingga mengakibatkan pencemaran air berlaku acapkali.
- Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor menuntut kerajaan negeri Selangor bertindak segera dalam menangani isu pencemaran air di Selangor dengan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada syarikat yang mengakibatkan kesusahan pada 1.2 juta penduduk Selangor.
- MB Selangor juga perlu memberi perhatian dan bertanggungjawab sepenuhnya atas masalah rakyat Selangor ketika ini dan bukannya memberi keutamaan berkempen di PRN Sabah.
- Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor menggesa tindakan meroboh kilang yang menjadi punca pencemaran sebagai pengajaran dan amaran tegas bagi mengelakkan kejadian yg sama berulang lagi.
USTAZAH WAN HASRINA WAN HASSAN
KETUA
DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI SELANGOR
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor
#PHgagal
#Selangor
#AirTiada
#RakyatDerita
#MBtakPrihatin