Home Artikel PAS Selangor

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor | Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepang – Program Munajat Dan Bacaan Yasin Muslimat PAS Cawangan Giching

128
SHARE

Kehadiran yang memberangsangkan turut disertai juga oleh sahabat-sahabat dari Cawangan Labu Lanjut dan Salak.

Penutup program, perkongsian ilmu dalam slot tazkirah pendek telah disampaikan oleh Ustazah Tahirah Ahmad mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Sepang yang berkongsi ilmu dan amalan agar muslimat mendapat kekuatan dalam menghadapi ujian hidup dan mehnah perjuangan.

InsyaAllah muslimat akan berusaha menjadikan program munajat ini program mingguan sebagai salah satu usaha untuk mencapai kemenangan.

“Sesungguhnya doa terhadap orang yang zalim akan menakutkan musuh”

Asasnya adalah kerana doa adalah senjata orang mukmin. Nabi S.A.W bersabda:

الدُّعَاءُ سِلاحُ الْمُؤْمِنِ، وَعِمَادُ الدِّينِ، وَنُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ

“Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya langit dan bumi”

(Hadis Riwayat Hakim)

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor

#PASSepang
#PASGiching
#DemiIslam