Mentaliti politik membangkang. Selayaknya berada di kerusi Pembangkang. Barangkali itulah sinonimnya situasi dan gelaran pada Ahli Parlimen PH. Sidang Parlimen sekali lagi kecoh seperti awal pembukaan sidang ketika memilih kerusi Pengerusi Tetap dan Timbalannya. Kali ini permohonan undi belah bahagi bagi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Penguntukan semula peruntukan perbelanjaan) 2020.
Tolak RUU untuk bela rakyat, bermakna jawapannya wajib tolak PH dalam PRU 15 akan datang. Kesepakatan Ahli Parlimen Pembangkang dari PH menolak RUU Perbekalan Tambahan yang dibentangkan di Dewan Rakyat amat-amat dikesali. Mereka gebang seakan menjuarai isu rakyat, hakikatnya mereka “membohongi rakyat siang-siang”.
RUU diluluskan dengan 111 ahli parlimen menyokong, 106 menolak dan lima tidak hadir. Alhamdulillah walaupun Ahli Parlimen PH sepakat, namun Ahli Parlimen Rakyat berjaya. Harus diingat, saat semua pihak memikirkan bagaimana peluang dan ruang yang ada untuk membantu rakyat ketika berdepan dengan krisis untuk membina kembali ekonomi masing-masing, PH dengan rasa tidak bersalah menolak RUU Perbekalan ini. Tidak kira apa, asal dari Kerajaan dan bukan dari PH, kesemuanya di tolak. Politik tidak matang ini wajar ditolak oleh rakyat. Biar PH kekal selamanya di blok pembangkang.
Ustaz Syarhan Humaizi Halim
Ketua Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
28 Zulhijjah 1441H | 18 Ogos 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor