Home Berita PAS Selangor

Dari Meja Ketua Penerangan PAS Selangor – Sambutan Rukun Negara Ke 50 Tahun Memacu Kesejahteraan

659
SHARE

Perdana Menteri Malaysia ke 8 YB Tan Sri Muhyidin Yasin yang digelar “Abah” pasca COVID-19 setelah berjaya mengurus keluarga Malaysia dengan harmoni, sekali lagi membawa agenda kesejahteraan buat rakyat secara keseluruhannya.

Sambutan Rukun Negara ke 50 dilancarkan oleh Perdana Menteri bagi memperingati asas Rukun Negara yang dipaterikan bagi memupuk perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat.

PAS senantiasa seiring dalam agenda perpaduan dalam negara. Tuan Guru Presiden PAS seringkali mengulangi tentang bagaimana PAS menolak budaya ekstrem dalam semua pendekatan.

Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasirudin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 31 Ogos 1970 bagi mencapai perpaduan lebih erat antara rakyat susulan peristiwa 13 Mei 1969.

Ia mengandungi lima prinsip yang menjadi falsafah negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan dan Kesusilaan.

KPen PASSel
10 Julai 2020 | 20 Zulkaedah 1441H

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan

#MalaysiaSejahtera
#MuafakatNasional