Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Dari Mana Peruntukan Untuk Kolej Universiti New Era?

597 views
SHARE


Kenyataan Media Penerangan. 255/126
8 Jamadil Awwal 1440 | 14 Januari 2019

DARI MANA PERUNTUKAN UNTUK KOLEJ UNIVERSITI NEW ERA?

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan


1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membidas sikap Menteri Kewangan yang mendiamkan diri selepas gambar penyampaian peruntukan kepada Kolej Universiti New Era dan Sekolah Menengah Persendirian Cina tular di media sosial minggu lalu.

2. PAS menggesa Menteri Kewangan tampil memberikan penjelasan untuk menjustifikasikan pemberian peruntukan tersebut.

3. Berdasarkan peruntukan Belanjawan 2019, Sekolah Menengah Persendirian Cina diberikan peruntukan sebanyak RM12 juta.

4. Namun, bagaimana pula dengan Kolej Universiti New Era?

5. Berdasarkan penjelasan dari Timbalan Menteri Pendidikan, peruntukan tersebut adalah peruntukan khas dari Menteri Kewangan (Bukan dari Kementerian Pendidikan).

6. Soalnya, mengapa ia diberikan dan dari mana peruntukan tersebut?

7. Sebagai maklumat tambahan, Kolej Universiti New Era ditubuhkan oleh Dong Jiao Zong sejak 1994.

8. Dong Jiao Zong juga agresif mendesak kerajaan untuk mengiktiraf UEC meskipun ia telah ditolak oleh YAB Perdana Menteri.

9. Dalam kenyataan yang dipetik dalam The Star Online bertarikh 4 Januari lalu, ia mengatakan, “We hope that with Pakatan taking over the federal government currently, new thinking and governance should be installed, and promises credited, including the UEC recognition”.

Islam Memimpin

Sekian