Pesuruhjaya PAS Selangor YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi hari ini melengkapkan ibadah korban dengan menyembelih 9 ekor lembu pada hari terakhir tasyriq.
Majlis diadakan di Masjid Sijangkang dengan menyempurnakan hajat semua peserta korban pada tahun ini. Daging-daging korban yang disembelih diagihkan kepada masyarakat sekitar.
Bermula 10 Zulhijjah hari raya pertama sehingga pada hari ini 13 Zulhijjah hari terakhir tasyriq ibadah korban dilaksanakan. Semoga Allah SWT menerima korban yang dibuat dan menjadikan kita hamba yang senantiasa bertakwa kepada Allah.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
13 Zulhijjah 1441H | 3 Ogos 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan