YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi berkesempatan untuk hadir meraikan pembukaan Gelanggang Silat Lincah Cawangan Sijangkang. Aktiviti seni silat yang menjadi salah satu platform untuk menarik anak-anak muda berkecimpung dalam dunia seni mempertahankan diri.
Majlis tersebut dihadiri oleh Dato Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin selaku Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) yang baru sahaja dilantik menjawat jawatan tersebut yang sebelum ini menyandang jawatan Setiausaha Agung PESAKA.
Kesempatan itu Dato Dr Yunus sempat berbincang dan berkongsi senario politik kini dan perkembangan Muafakat Nasional Selangor. Kebetulan Dato Megat Zulkarnain juga merupakan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
6 Zulhijjah 1441H | 27 Julai 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan