Sijangkang, Selangor | 6 Ogos 2020
YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi selaku Ahli Dewan Negeri Sijangkang dan juga merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor turun memantau Ops Bersepadu Pembersihan Lorong Belakang dan Kawasan Sekitar Premis Perniagaan.
Operasi yang dijalankan seawal pagi ini antara jam 8.30 lagi sehingga 9.30 pagi sebelum lokasi tersebut memulakan dengan operasi perniagaan masing-masing. Ops Bersepadu tersebut dijalankan di kawasan Jalan SP8, BSP Daerah Kuala Langat.
Turun memantau kerja-kerja penambahbaikan dan pembersihan kawasan sekitar Sijangkang menjadi rutin harian YB Dato Dr Yunus demi kebaikan dan keselesaan rakyat.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan