Home Artikel PAS Selangor

Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor | Dato Dr Ahmad Yunus Hairi – Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-63

498
SHARE

Tidak lengkap Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia tanpa merasa dan mengenal apa itu Kemerdekaan.

Tarikh keramat 31 Ogos pasti diraikan di seluruh Negara sebagai sambutan ulang tahun Negara yang bebas daripada cengkaman penjajah.

Tahun 2020 pastinya melakarkan satu sejarah buat Negara apabila kita semua berhadapan dengan ancaman wabak Covid-19 yang melanda Negara dan dunia. Pun begitu kita telah membuktikan yang kita mampu mendepani wabak ini dengan jayanya kerana sikap perpaduan dan saling bekerjasama di kalangan rakyat Malaysia.

Bagi meraikan sambutan ulang tahun Kemerdekaan Negara yang ke-63 dengan tema “Malaysia Prihatin“. Marilah sama-sama kita menghayati erti Kemerdekaan yang sebenar. Mewakili PAS Negeri Selangor seluruhnya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-63.

Ikhlas dari
YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor Kawasan Sijangkang

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

10 Muharram 1442H | 29 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor