Home Berita PAS Sabah

DAPUR RAKYAT disediakan kepada penduduk terjejas akibat kebakaran

76
SHARE

Oleh : ANNA TAN

TAWAU : PAS Negeri Sabah telah menyediakan  Dapur Rakyat kepada penduduk yang terjejas kebakaran di Kampung Kurnia Jaya.

Dapur Rakyat tersebut bertujuan untuk memudahkan urusan pengendalian NADMA kepada penduduk  serta sukarelawan termasuk mengedarnya ke Pusat Penempatan Sementara (PPS).

Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN dilantik Dr  Aliakbar Gulasan yang juga Setiausaha PAS Sabah berkata Dapur Rakyat ini beroperasi setiap hari termasuk sepanjang bulan Ramadan dengan sokongan Sabah Relief, Iman Care dan Yayasan Amal.

Seramai 10 sukarelawan terlibat menyediakan 300 pek makan tengahari dan malam setiap hari selain juadah berbuka dan sahur sepanjang bulan Ramadan yang bakal menjelang.

“Dapur Rakyat ini sekarang tengah menyediakan keperluan makanan harian kepada semua mangsa yang di tempatkan disini, dan kita meletakkan sasaran menyediakan makanan ini sampai akhir Ramadan,” beliau memberitahu kepada pemberita selepas merasmikan Dapur Rakyat dan memberikan sumbangan bakul makanan kepada penduduk terjejas kebakaran di Kampung Masjid Kurnia Jaya, Tawau,  disini, pagi tadi.

Sebelum itu, Sahar Majid , Pengerusi Khidmat Malaysia(KM), ketika memberi ucapan pada Majlis Penyerahan Bakul Makanan  berkata kedatangan Khidmat Malaysia dan beberapa NGO adalah untuk sama-sama menanggung beban yang mangsa hadapi dan beliau juga merakam ucapan takziah atas musibah yang berlaku.

Dapur Rakyat dan sumbangan berupa 100 pek makanan, 30 keperluan kanak-kanak dan 100 set pakaian itu adalah daripada PAS Sabah, PAS Kawasan Tawau, Khidmat Malaysia, Sabah relief, Iman Care dan Yayasan Amal.

Turut hadir, Haji Ahmad Dolah selaku ketua Penerangan PAS Sabah, Mohamad Husain YDP PAS Tawau, dan wakil daripada NGO PAS Relief, Yayasan Amal, Iman Care dan Ahli Jawatankuasa PAS Sabah dan PAS Kawasan Tawau/

Dalam kejadian 17 Mac lepas, kira-kira 700 rumah di kampung Kurnia Jaya terbakar menyebabkan 500 keluarga hilang tempat tinggal.