Home Kenyataan Media PAS Johor

DAP Dan PH Gagal!

457
SHARE

DAP Dan PH Gagal!

Kerajaan Pulau Pinang gagal. Statement yang layak dan sesuai kerana sememangnya DAP gagal menjaga pulau pinang seperti yang dijanjikan. Bukan sahaja tak mampu untuk menunaikan manifesto, malah DAP menjadikan penang jauh lebih teruk dari zaman BN duhulu. Memalukan dan lebih hina dengan macam-macam isu yang berlaku.

Walaupun babi bukan isu baru di penang. Tapi sejak 3 penggal yang lalu, DAP telah menjadikan penang sebagai sebuah hub babi bertaraf industri. Negeri yang besar sedikit dari Negeri Perlis itu mempunyai lebih 26 kandang skala besar. Akibatnya hampir semua sungai yang berhampiran tercemar dengan teruk. Menjadikan penduduk sekeliling yang kebanyakkannya Melayu Islam terdera dengan bau dan hilang punca pendapatan dari sumber sungai. Ia juga, menjadi kebimbangan komuniti kaum setempat yang melibatkan kaum cina dan india.

Lebih tragis lagi, permintaan permohonan dan rayuan para penduduk tidak dipeduli. Umpama habis madu sepah dibuang. Rakyat penang dinafikan haknya. Bantahan mereka ditongsampahkan, tidak dilayan dan tidak ada sebarang tindakan sama ada mengalih kandang babi atau memulihkan sungai yang tercemar. Malah DAP menambah lagi bilangan kandang babi berbanding kerajaan sebelumnya.

Jika keadaan ini tidak berubah jangan salahkan sesiapa jika nanti Penang diberi gelaran “Penang Darul Khinzir (Babi)”.

Rusman Kemin
Ketua Penerangan
PAS Negeri Johor
9 Jun 2021

https://www.facebook.com/130408417510818/posts/885451168673202/?d=n

!