Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar
Oleh : Umar Al-Hayawi
MERU, 21 Ogos – Pengarah Urusan Akademi An Najah Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh, juga selaku YDP PAS Kapar bersama Tuan Haji Thaifor Md Nor bagi pihak Pusat Khidmat Meru telah menyantuni siswa dan siswi sekitar DUN Meru yang telah berjaya dalam permohonan mereka mendapatkan Dana As Syakirin bagi tujuan pendidikan.
Menurut laporan PAS Kapar, penerima dan ahli keluarga yang ditemui berasa amat teruja dan bersyukur dengan berita ini tatkala negara sedang berhadapan dengan kemelut wabak COVID-19.
Setiap pelajar Diploma menerima sumbangan sebanyak RM1500 manakala pelajar Ijazah menerima RM2000 setiap seorang. Sumbangan tersebut telah pun dikreditkan ke dalam akaun penerima.
“Alhamdulillah, melalui bantuan ini anak saya dapat membayar yuran pengajian dan sewa rumah. Terima kasih ustaz”, kata salah seorang penjaga.
Ustaz Noor Najhan melahirkan rasa kesyukuran kerana usaha yang dilakukan oleh Akademi An Najah bersama-sama Pusat Khidmat Meru membuahkan hasil demi manfaat Siswa Siswi di DUN Meru.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor