Home Berita PAS Sabah

Dampingi rakyat sentiasa bukan bermusim

78
SHARE

Oleh: Fadilah Nordin
7hb November 2022

Kota Kinabalu: ADUN Dilantik PAS Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan menyatakan bahawa beliau akan terus berkhidmat kepada rakyat selagi sihat dan ada kemampuan.

Beliau juga berkata tidak sesekali menjadi ahli politik yang bermusim namun akan terus mendampingi rakyat.

“Saya bersama ‘Team YB’ dan PAS Kawasan seluruh Sabah akan mendampingi rakyat sepanjang masa selagi sihat dan ada kemampuan,” ujar beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Sepanggar sewaktu menyampaikan sumbangan kotak barangan dapur daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, kelmarin.

Seramai 90 orang daripada Kampung Tobur, Kampung Tebobon dan Kampung Sepakat Jaya menerima sumbangan tersebut.

Turut hadir sama adalah Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak Sepanggar (PERKEPS), Hasruddin Syamsuddin dan Mhd Asisal bin Abbas

Terdahulu PAS Sabah menyatakan tidak bertanding dalam PRU-15 tetapi menyokong calon-calon daripada parti Gabungan Rakyat Sabah dan Barisan Nasional Sabah (GRS-BN Sabah).