Home Berita PAS Wilayah

DACS Wangsa Maju anjur perlawanan persahabatan bola sepak sempena HSN

254
SHARE

Muhamad Abdul Fateh

WANGSA MAJU 4 Nov: DACS Wangsa Maju mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak bersama DPPWM FC bagi mengisi aktiviti Hari Sukan Negara (HSN), di Padang Wangsa Maju Seksyen 2, kelmarin.

Pengarah DACS Wangsa Maju, Ahmad Zulhilmi berkata perlawanan itu sebagai tanda menyahut seruan kerajaan untuk mengadakan aktiviti yang menyihatkan pada bulan ini.

“Perlawanan itu diadakan memandangkan semua pemain sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 dan kerajaan memberikan kelonggaran untuk aktiviti sukan.

“Kami sangat teruja untuk mengadakan perlawanan persahabatan kerana sudah lama aktiviti sukan secara bersemuka tidak dilakukan sejak berlakunya pandemik COVID-19 di negara ini,”katanya.

Menurutnya, keputusan melonggarkan aktiviti sukan sangat bertepatan kerana banyak daerah yang hampir mencapai imuniti kelompok.

“Bagaimanapun, semua pemain dipilih dalam kalangan yang sudah melengkapkan suntikan vaksin dan dijalankan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Saya mengharapkan dengan adanya perlawanan persahabatan itu, bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan tetapi mampu mewujudkan silaturrahim antara kedua-dua pasukan,” katanya.

Sementara itu, pihaknya turut berterima kasih kepada pasukan Cikgu Sekolah Chong Hwa terutamanya ketua pasukannya cikgu zul kerana bersama-sama menjayakan perlawanan persahabatan tersebut.

Katanya, perlawanan itu bukan untuk menguji kekuatan pasukan tetapi bertujuan untuk mengeratkan persahabatan antara pihak DPPWM FC dan guru sekolah di Wangsa Maju.

“Saya berharap, kerjasama itu akan berterusan dan akan ada lagi perlawanan persahabatan antara kedua-dua pasukan pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir sama dalam perlawanan YDP PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, Timbalan Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Muhd Nur Azmi dan Naib Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Ustaz Mahfuzan Gaddafi.