Home Artikel PAS Sabah

DACS Putatan : Pupuk semangat anak muda melalui futsal

75 views
SHARE

Oleh: AHMAD FAIDHI MAWARDI
1 Oktober 2019

Pertandingan Futsal Piala Pusingan Ketua Pemuda PAS Putatan telah diadakan pada 28 September 2019 bertempat di Juara Futsal Arena Kota Kinabalu.

Sebanyak 12 kumpulan menyertai pertandingan ini, antaranya DACS Putatan, Pemuda PAS Keningau, Jabatan Amal Putatan, Pemuda PAS Sembulan, ARC Putatan, DACS Papar, Masjid Daerah Putatan dan Pemuda UMNO Putatan.

Pertandingan yang diadakan seawal pukul 9.00 malam secara Liga berkumpulan itu berakhir sekitar pukul 1.00 pagi dan disaksikan lebih dari 100 orang penonton telah memupuk semangat anak muda.

Kumpulan DACS Keningau telah menjuarai pertandingan futsal dan membawa balik Piala Pusingan Ketua Pemuda Putatan. Manakala tempat kedua disandang oleh Pemuda UMNO Putatan dan Masjid Daerah Putatan mendapat kedudukan nombor ketiga dalam pertandingan tersebut.

Turut memeriahkan malam tersebut, pertandingan Beyblade bagi umur 7-12 tahun diadakan dan telah disertai lebih daripada 20 orang peserta.

Turut hadir dalam Pertandingan ialah Ketua Dacs Negeri Sabah Yusrizal Anuar dan Candra Murthy Subagio Timbalan Ketua Pemuda Putatan serta pimpinan Pemuda PAS Putatan dan Pemuda UMNO Putatan.

“Tahniah kepada yang telah menyertai pertandingan ini, penglibatan yang sangat menggalakkan. Kita orang islam kena sihat. Allah lebih cinta umat islam yang kuat. Jaga ukhuwwah dan persahabatan kita semua.” kata Yusrizal Anuar.