Home Artikel PAS Perlis

DACS Perlis Bakal Anjur Program Kayuhan Santai

295
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR: DACS Perlis menerusi Alternative Cycling Club (ACC) Perlis akan menganjurkan program Kayuhan Santai pada 20 Oktober nanti.

Program kayuhan yang diadakan bersempena dengan sambutan Bulan Sukan Negara 2019 itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan tiada yuran pendaftaran dikenakan.

Pelancaran program bakal diadakan di Madrasah Diniah Islamiah (MADI) Jejawi Dalam, Arau.

Menurut pengarah DACS Perlis, Muhammad Nazuande Nazhime, jarak kayuhan sejauh 31 kilometer menanti para peserta acara kayuhan itu nanti.

“Mereka akan berkayuh merentasi tiga kawasan parlimen iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau melalui Santan, Kangar dan Jejawi.

“Mereka yang berminat bolehlah menghubungi pihak penganjur di talian 019-521 2411 (Tok Bilal), 019-421 9422 (Bang Lie) dan 017-417 2556 (Niakmat),” katanya ketika dihubungi di sini.