Home Berita PAS Terengganu

Cuaca Buruk di Terengganu, Kelantan hingga esok

22
SHARE

KUALA TERENGGANU – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) di beberapa kawasan di Terengganu dan Kelantan sehingga esok.

MetMalaysia memaklumkan, di Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang

“Seterusnya di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh,” menurut MetMalaysia pada hantaran Facebook, hari ini.

Dalam masa sama, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Menurutnya, hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Jeli dan Kuala Krai), Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Kuantan) sehingga esok

“Hujan berterusan juga dijangka berlaku di negeri Kedah (Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Manjung) dalam tempoh esok hingga Khamis,” ujarnya.