Home Artikel PAS Sabah

COVID-19 : PAS Silam Sumbang Kemudahan Kepada Hospital

571
SHARE

Oleh: Yusrizal Baco
22 Mac 2020

LAHAD DATU : Prihatin terhadap petugas kesihatan, PAS Silam tampil menyalurkan bantuan sebagai menghargai kerja keras barisan hadapan negara menangani penularan COVID-19.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Silam, Nizam Latuah semalam di Hospital Lahad Datu.

Menurut Nizam, sumbangan berbentuk kipas, tuala dan kasut ‘boot’ itu diberikan bagi meringankan beban para petugas kesihatan yang bertanggungjawab merawat pesakit COVID-19 semasa menjalani tugas mereka.

“PAS Silam merakamkan ucapan terima kasih kepada para penyumbang yang turut membantu dalam urusan ini dan kami doakan agar mereka dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan yang baik serta dimurahkan rezeki” tambahnya.

Ujarnya lagi, pihaknya turut menjaga aspek keselamatan yang ditetapkan oleh pihak hospital sepanjang proses penyerahan sumbangan bagi mengelakkan jangkitan kepada petugas mereka.

Beliau turut menyeru orang ramai agar sentiasa memberikan kerjasama kepada kerajaan dalam menangani wabak ini dan terus berdoa agar ia dapat dibendung segera.

Hadir sama menyampaikan sumbangan tersebut ialah Ketua Pemuda PAS Kawasan Silam, Landari Labobo dan beberapa orang AJK PAS Silam.