Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Shah Alam | Setelah tersebarnya kenyataan media Pejabat Perdana Menteri berhubung keputusan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial ataupun “total lockdown” fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021, rata-rata rakyat menyambut baik.
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor juga turut menyahut seruan kerajaan itu. Apatah lagi melihat kes yang meningkat. Kepenatan dan keletihan warga di Pusat Rawatan, Hospital yang berdepan dengan mangsa COVID-19 yang terlalu ramai. Bukan sahaja yang positif, yang dalam ICU bahkan yang telah mati juga melangkaui jangkaan semua.
“Kali ini, kita mesti menang! Mari kita bersama-sama sekali lagi putuskan rantaian jangkitan COVID-19 selamanya! Terus kekal” self lockdown” dan patuhi SOP yang telah ditetapkan”.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor