Home Artikel PAS Perlis

Covid-19: Guru PASTI Perlis Terima Sumbangan

551
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU : Ketika pelbagai bentuk bantuan giat disalurkan kepada mereka yang terjejas, kebajikan guru-guru PASTI di negeri ini turut mendapat perhatian.

Pagi tadi, Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis (JAMNPs) telah menggerakkan anggotanya untuk mengagihkan barang makanan asas sumbangan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Negeri Perlis.

Kerja-kerja menyiapkan pek sumbangan telah dilakukan seawal jam 9.30 pagi di Balai Islam MADI, Kampung Jejawi Dalam, dekat sini sebelum diagihkan mengikut kawasan parlimen iaitu Kangar, Arau dan Padang Besar.

Menurut Pengarah JAMNPs, Amirul Jufri Mat Saman, seramai 162 orang guru PASTI telah menerima sumbangan tersebut.

“Alhamdulillah, kira-kira jam 10 pagi tadi, Jseramai 20 orang anggota JAMNPs telah diaturgerak bagi melaksanakan pengagihan sumbangan kepada guru-guru PASTI seluruh negeri Perlis.

“Kami juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih PAPISMA Negeri Perlis selaku penyumbang utama serta penggerak bersama program ini,” katanya ketika ditemui di sini.