Home Rencana PAS Wilayah

Coretan Tabung Bencana Covid PAS Batu (5)

71
SHARE

AIR MATA MENAHAN DERITA SAKIT
Menangis En Othman melihat kehadiran kami.
Air matanya tidak tertahan apabila kami bertanyakan tentang masalah kesihatannya, beliau seolah² ingin meluah kepada kami betapa tidak tertahan sakitnya.
Ketika kami sampai di rumah En Othman, beliau baru sahaja baru sampai dari klinik untuk mencuci darah.
Dikhabarkan sudah 2 tahun beliau mempunyai masalah buah pinggang, sebelum itu beliau telah pun lumpuh.
Kini menjadi rutin mingguan, setiap 3 kali perlu mencuci darah.
Semoga Allah memberi kesembuhan kepada En Othman dan kekuatan untuk menghadap ujian tersebut.
Hari ini Pemuda PAS Batu meneruskan Ops Kasih Ramadhan siri 7 di Flat Bandar Baru Sentul Fasa 8/9.
Sebanyak 10 buah rumah asnaf telah dikunjungi.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh salurkan sumbangan anda melalui ;

1. Nombor akaun PAS Kawasan Batu Bank Islam Berhad : 12113010000551

(Rujukan ; Tabung Bencana Covid)

2. Secara atas talian @ https://toyyibpay.com/Tabung-Covid-PAS-Batu

Info lanjut & makluman sumbangan, hubungi

Ahmad Bahar (Bendahari PAS Batu)
http://www.wasap.my/60192865229 / http://www.wasap.my/60193344255

Like | Follow | Share :
https://linktr.ee/paskawasanbatu