Home Rencana PAS Wilayah

Coretan Tabung Bencana Covid PAS Batu (4)

50
SHARE
ANAK ISTIMEWA : PERJUANGAN HIDUP YANG TIDAK MAMPU DIGARAP
Tak mampu berkata apa-apa.
Hanya mampu terdetik di dalam hati, “Mampukah aku?”.
Bayangkan di depan kami sekujur tubuh sebesar anak 7 – 9 tahun sedang terbaring tanpa mampu bergerak, memakai pampers tanpa pakaian rupa-rupanya seorang anak muda berusia 30an.
Ya Allah, betapa tabah dan hebat keluarga ini membesarkan anak yang bernama Faizal ini.
Anak syurga ini sebelum ini dijaga oleh abangnya yang sulung ketika bapa dan ibunya pergi kerja, namun ujian menimpa lagi apabila ibunya terpaksa diberhentikan kerja akibat pandemik ini.
Kini keluarga mereka disara oleh bapa yang berkerja sebagai despatch.
Selain Faizal, ramai lagi anak istimewa yang kami ziarahi hari ini.
Ada si kakak yang tidak sanggup berkahwin hanya kerana bimbang adik istimewanya tidak terjaga.
Ada bapa yang berhenti kerja gaji besar dan meniaga kecil²an kerana mahu memberi tumpuan kepada penjagaan anak yang tidak mampu bergerak sendiri.
Itulah kisah realiti yang tidak mampu digarap kerana ia adalah sebuah perjuangan hidup.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka semua.
Ops Kasih Ramadhan siri 6 hari ini menyasarkan 19 keluarga asnaf di Taman Beringin.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh salurkan sumbangan anda melalui ;

1. Nombor akaun PAS Kawasan Batu Bank Islam Berhad : 12113010000551

(Rujukan ; Tabung Bencana Covid)

2. Secara atas talian @ https://toyyibpay.com/Tabung-Covid-PAS-Batu

Info lanjut & makluman sumbangan, hubungi

Ahmad Bahar (Bendahari PAS Batu)
http://www.wasap.my/60192865229 / http://www.wasap.my/60193344255

Like | Follow | Share :
https://linktr.ee/paskawasanbatu