Home Rencana PAS Wilayah

Coretan Tabung Bencana Covid PAS Batu (3)

51
SHARE
PENGHIDAP KANSER TEMPAH SYURGA DENGAN RESTU IBU
Sudah jatuh, ditimpa tangga pula.
Begitulah ibarat yang boleh diumpamakan kepada En Isa sekeluarga apabila beliau telah disahkan menghidap kanser darah.
Keperitan itu bertambah lagi apabila isterinya mempunyai masalah lutut dan perlu dibedah.
En Isa sebelum ini berniaga di UTC, namun sekarang ini hanya berniaga kuih di tepi jalan PPR Taman Wahyu.
Selain 4 orang anak yang menjadi tanggungan, beliau turut menjaga ibunya yang juga telah uzur dan hanya mampu berkerusi roda untuk bergerak.
Kuatnya kudrat seorang ketua keluarga dan juga seorang anak soleh yang sedang menempah syurga dengan restu ibu.
Ketika menyampaikan Kit Ramadhan, isteri En Isa menyambut kami dengan ceria dan tenang.
Mereka antara 20 keluarga asnaf yang diziarahi oleh Pemuda PAS Batu hari ini dalam projek Ops Kasih Ramadhan siri 5 di PPR Taman Wahyu.
Terima kasih diucapkan kepada Tn Sulaiman, Ketua PAS Cawangan PPR Taman Wahyu berserta AJK yang sudi menguruskan pergerakan petugas ke rumah-rumah asnaf.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh salurkan sumbangan anda melalui ;

1. Nombor akaun PAS Kawasan Batu Bank Islam Berhad : 12113010000551

(Rujukan ; Tabung Bencana Covid)

2. Secara atas talian @ https://toyyibpay.com/Tabung-Covid-PAS-Batu

Info lanjut & makluman sumbangan, hubungi

Ahmad Bahar (Bendahari PAS Batu)
http://www.wasap.my/60192865229 / http://www.wasap.my/60193344255

Like | Follow | Share :
https://linktr.ee/paskawasanbatu