Home Berita PAS Selangor

Coretan Rakyat Berhubung Khidmat Bakti PJ Selangor – Pesuruhjaya PAS Selangor

170
SHARE

Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kuala Langat | Tular satu sebaran dari seorang individu yang telah menjadi kebiasaannya mendapat khidmat kesihatan di Poliklinik Sijangkang milik YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi.

Catatan peribadi individu tersebut dibuat setelah melihat program rancangan BersamaMu di TV3. Individu tersebut adalah Dr Yasmin Hanani. Ikuti coretan beliau terhadap Dr Yunus Hairi.
“Inilah antara ahli politik bersih yang boleh menjadi contoh di kala ramai ahli politik lain korup dan tidak kompetan.

“YB ADUN kami masuk TV hari ini. Klinik beliau adalah antara klinik yang mengenakan caj paling affordable. Saya pernah membuat survey berkaitan satu perkhidmatan di dua hospital swasta di BANGI, masing-masing mengenakan caj sebanyak RM350 dan RM300.

“Apabila saya pulang ke kampung, saya pergi sahaja ke klinik YB ni, caj untuk servis yang sama hanya lah RM30+RM10 sahaja, murah banget kan. Dua anak saya juga berkhatan di sini dgn YB Dr Ahmad sendiri. Terbaik sungguh perkhidmatan YB. Masa tu arwah abah masih ada. YB juga sangat menghormati ibu ayah saya dan penduduk kampung yang lain. Maka tidak hairanlah beliau menjadi doktor pilihan keluarga saya dan penduduk kawasan mukim kami. Saya juga difahamkan YB tidak mengenakan caj untuk asnaf, Alhamdulillah.
“Beliau sangat merendah diri, sopan dan pandai beramah mesra dengan pesakit. Kadang-kadang YB bercakap Jawa dengan saya, boleh la juga saya faham sikit-sikit. Nak cakap tak faham, malu. Orang Jawa Sijangkang kan pemurah caj pun berbaloi (jangan marah) menda berbaloi kita share. Klinik Dr yang bengkeng kita tak bagi tau orang”.

Inilah antara YB terbaik !!

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor