Home Berita PAS Selangor

Contoh aktiviti bermanfaat bersama keluarga ketika PKP 3.0 – Ketua Lajnah Dakwah DMPK Selayang

533
SHARE

May be an image of text

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Selayang | Ketua Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Selayang Ustazah Nurul Huda Md Tahir dalam sebuah hantaran media sosial membincangkan, aktiviti masa lapang semasa PKP. Sewaktu lockdown ini kita semua memperoleh nikmat yang sukar diperoleh dimasa lain.

Menurut beliau, pasti banyak persoalan yang terbuku diminda apabila membuka ruang perbincangan mengenai aktiviti masa lapang semasa PKP seperti ini. Antaranya, ramai tidak tahu nak buat aktiviti apa dengan anak semasa PKP, anak asyik menghadap telefon untuk habiskan masa, anak selalu mengadu bosan dan ajak keluar. Maka, rugilah kalau masa yang terluang berlalu begitu sahaja.

Jangan risau lagi!

Hikmah daripada PKP dan berkerja dari rumah adalah banyak masa berkualiti kita bersama anak-anak. Gunakan peluang ini untuk kita lakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama anak-anak.

Contoh Aktiviti Bermanfaat Bersama Keluarga Ketika PKP 3.0 :

1. Solat berjemaah
Kita ajak anak-anak dan ahli keluarga untuk solat Jemaah setiap waktu dan sehari. Insyaallah dapat didik anak suka menunaikan solat secara berjemaah.

2. Tadarus Al-Quran
Gunakan masa yang lapang untuk bertadarus Al-Quran bersama anak-anak. Ajar anak-anak mengaji dan membaca Al-Quran. Jika kita tak pandai, carikan guru mengaji online yang boleh bantu anak kita dan kita juga mengaji Al-Quran.

3. Menghidupkan Majlis Ilmu
Masa PKP inilah masa yang terbaik untuk kita gunakan bersama anak-anak, jadikan rumah kita sebagai taman syurga dengan kita menghidupkan majlis ilmu di rumah kita. Pilih waktu yang disepakati contohnya lepas Isyak, ambil buku atau kitab dan bacakan pada ahli keluarga dan anak-anak kita. Sama-sama dapat ilmu.

4. Bermain bersama anak-anak
Masa yang ada ini boleh kita isikan dengan bermain bersama anak-anak. Banyak permainan yang kita boleh buat antaranya permainan dam, origami dan pelbagai lagi permainan yang boleh dilakukan bersama-sama anak-anak.

5. Melakukan kerja rumah bersama-sama
Ni mesti ibu ayah suka! Kita bersama dengan anak-anak melakukan kerja rumah bersama. Boleh buat pertandingan lagi. Contoh pertandingan bilik paling kemas, pertandingan siapa rajin dan pelbagai lagi. Hadiahnya boleh guna kreativiti ibu ayah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor