Home Berita PAS Terengganu

Cipta Memori Raya di Kampung Budaya Terengganu

26
SHARE

KUALA TERENGGANU – Dalam kegembiraan kita membeli busana baharu sempena menyambut kedatangan hari lebaran, apa kata jika kita abadikannya dengan mencipta memori hari raya dalam suasana kampung yang penuh tradisi?.

Pengurus Besar Kampung Budaya Terengganu (KBT), Ahmad Fathil Abd Ghani mengalu-alukan kedatangan pihak persendirian, syarikat-syarikat swasta dan kerajaan untuk mengabadikan memori indah suasana raya di KBT sepanjang Ramadan ini.

“Mereka boleh datang ke KBT dengan memakai busana Aidilfitri untuk mengambil gambar, ‘out fit of the day’ (OOTD), swafoto dan merakam video untuk dijadikan kenangan sempena hari raya ini dilatari keindahan rumah-rumah tradisional, aktiviti dan perhiasan klasik yang terdapat di KBT.

“Mencipta memori dalam nuansa tradisi Melayu yang sinonim dengan perayaan hari raya Aidilfitri memberikan nilai tambah terutama bagi foto-foto syarikat, korporat dan sebagainya.

“Sesi ini juga bukan hanya boleh dilakukan ketika musim perayaan, bahkan pengunjung boleh datang merakamkan kenangan pada bila-bila masa dengan harga yang berpatutan selain dapat merasai pengalaman mencuba aktiviti-aktiviti tradisional yang ada seperti anyaman bertulang dan bermain gamelan,” katanya.

Bagi syarikat-syarikat yang berada di Terengganu pula, Ahmad Fathil menyifatkan foto-foto dan video yang diabadikan secara tidak langsung turut membawa mesej tentang nilai, budaya, keunikan negeri persisir pantai ini menerusi ukiran-ukiran yang tergambar di rumah-rumah tradisional yang terdapat di KBT.

Beliau memaklumkan, tempahan boleh dibuat dengan melayari media sosial Facebook, Instagram dan Tiktok Terengganu Cultural Village selain boleh berhubung dengan staf Hazri menerusi nombor 016-2618900.