Home Rencana PAS Selangor

Cinta itu fitrah – DPPK Bangi

163
SHARE

May be an image of one or more people and text

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bangi

Cinta merupakan fitrah seorang manusia. Seseorang itu jatuh cinta disebabkan keindahan akhlak seseorang, ketampanan wajahnya dan juga kehebatan ilmunya. Tahukah kita bahawa perasaan cinta ini boleh mendorong kita kepada syurga Allah SWT?

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau mengatakan bahawa seorang Arab badwi telah menemui Nabi Muhammad SAW. Lalu Arab badwi itu bertanya kepada Baginda,

“Wahai Rasulullah, bilakah hari kiamat?”

Kemudian Baginda bertanya kepadanya,
“Apakah persediaan kamu untuk hari kiamat?”

Lalu Arab badwi itu menjawab,
“Aku tidak ada buat amalan yang besar-besar seperti para sahabatmu yang lain, tetapi aku amat mencintai Allah dan Rasulullah.”

Kemudian Baginda berkata,
“Oleh itu, kamu akan bersama (di syurga) bersama dengan mereka yang kamu cintai.”

Anas bin Malik tatkala meriwayatkan hadis ini, perasaan cintanya kepada agama Islam bertambah mekar begitu sekali. Sedari itu, beliau mulai mencintai para sahabat dan keluarga Baginda SAW, kerana beliau ingin bersama-sama dengan mereka di syurga kelak!

Begitulah Islam meraikan fitrah seorang manusia. Apabila perasaan cinta itu disalurkan kepada jalan yang benar, maka ia akan menghasilkan kegembiraan di akhirat nanti.

Di bulan Rabiulawal yang mulia ini, ayuh sama-sama kita berselawat keatas Baginda SAW sebagai tanda kecintaan kita kepadanya. Juga mengamalkan segala suruhan dan meninggalkan larangannya.

18 Oktober 2021 | 11 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor